fb fb fb fb fb

10 maut ditembak kumpulan bersenjata di Mexico

(Foto REUTERS)

MEXICO, 23 September- Seramai 10 orang maut akibat ditembak oleh kumpulan bersenjata di tengah Mexico.

Menurut pihak pendakwa wilayah, pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di perbandaran Tarimoro di negeri Guanajuato.

Mayat sembilan lelaki ditemukan di tempat kejadian dan seorang lelaki meninggal dunia di hospital.

Gabenor Guanajuato, Diego Sinhue Rodriguez, mengecam insiden itu dan menyebutnya sebagai serangan pengecut. Beliau juga berikrar untuk memulihkan keadaan.

Guanajuato telah menjadi salah satu negeri paling ganas di Mexico akibat pertikaian antara kartel dadah.

Mexico telah merekodkan lebih 340,000 pembunuhan, sejak kerajaan melancarkan operasi antidadah tentera yang kontroversi pada Disember 2006.

Pihak berkuasa mendakwa kebanyakan pembunuhan adalah jenayah terancang.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu