fb fb fb fb fb

Bot karam: Lebih 20 orang pendatang maut di Tunisia

(Foto fail AFP)

TUNIS, 9 April- Seramai 27 orang pendatang sub-Sahara Afrika maut atau hilang dan 53 orang yang lain berjaya diselamatkan selepas dua bot yang membawa pendatang tersebut karam di pantai Tunisia semasa dalam percubaan untuk masuk ke Eropah.

Insiden itu adalah yang terbaru sejak beberapa minggu lalu dan berlaku selepas pegawai Tunisia melaporkan peningkatan lima kali ganda dalam operasi menyelamat berbanding suku pertama tahun lalu.

Jurucakap mahkamah di bandar Sfax, Faouzi Masmoudi memberitahu AFP bahawa empat orang maut, tiga orang hilang dan 36 orang lagi berjaya diselamatkan dalam tragedi terbaru di luar pantai negara itu pada Sabtu.

Beliau berkata bahawa sebuah lagi kapal dengan 37 orang telah turun selepas berlepas dari pantai Tunisia sebelum ia karam pada petang Jumaat dan 20 orang tidak dapat dikesan.

Memetik kenyataan saksi, beliau berkata berkata 17 orang berjaya diselamatkan daripada kejadian pada hari Jumaat.

Menurut Masmoudi, siasatan telah bermula terhadap kedua-dua insiden tersebut.

Katanya, siasatan bertujuan mengenal pasti cubaan menyeludup manusia dengan menggunakan bot yang diperbuat daripada kepingan logam yang tidak mempunyai ciri keselamatan serta lebih murah berbanding bot kayu.


(Pendatang dari sub-Sahara Africa dalam bot berhampiran
pantai Tunisia pada Oktober 2022/AFP)

Pantai Tunisia yang terletak hanya kira-kira 150 kilometer (km) dari pulau Lampedusa Itali, menjadi pilihan bagi cubaan menyeludup masuk seperti warga Afrika Barat dan Sudan yang mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Menurut kiraan AFP, kes semalam adalah yang ketujuh berlaku sejak Mac, menyebabkan kira-kira 100 orang maut atau hilang.

Menurut pengawal pantai Tunisia, antara Januari hingga Mac, cubaan masuk kira-kira 14,000 pendatang ke Eropah gagal apabila berjaya dipintas oleh pasukan keselamatan negara itu.

Data rasmi menunjukkan jumlah itu lebih lima kali ganda daripada suku pertama 2022.

“Rondaan pengawal pantai menghalang 501 percubaan sulit untuk menyeberangi sempadan maritim dan menyelamatkan 14,406 (pendatang) termasuk 13,138 dari negara Afrika sub-Sahara,” antara 1 Januari dan 31 Mac, kata pengawal pantai dalam satu kenyataan.-AFP


Media Baharu