QUINTANA ROO, 31 Januari- Sekurang-kurangnya empat orang maut dan lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bot karam di sebuah perairan berhampiran bandar peranginan popular dekat Cancun, Mexico.
Kemalangan tersebut berlaku pada Isnin lalu ketika bot berkenaan dalam perjalanan dari Isla Mujeres ke pelabuhan Puerto Juarez.
Dalam kejadian itu, dua ditahan untuk siasatan melibatkan kapten dan seorang anak kapal, manakala mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital di bandar terbabit.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. -Reuters