fb fb fb fb fb

Boris Johnson terselamat undi tidak percaya

(Boris Johnson/REUTERS)

LONDON, 7 Jun- Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya.

Dalam pengundian di Parlimen, beliau menerima sokongan 211 daripada 359 wakil rakyat.

Manakala, 148 lagi Ahli Parlimen menolak.

Keputusan pengundian itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady.

59% undi diperoleh Johnson adalah kurang berbanding 63% yang diterima Perdana Menteri terdahulu, Theresa May pada sesi undi tidak percaya yang diadakan pada Disember 2018.

May kemudian digantikan tujuh bulan kemudian.

(Boris Johnson bertemu dengan rakan sejawatannya dari Estonia di
10 Downing Street, London, Britain pada 6 Jun 2022/REUTERS)

Johnson berdepan isu integriti susulan penglibatannya dalam skandal. Ini berkaitan pendedahan beliau dan kakitangannya mengadakan parti ketika perintah sekatan COVID-19 dikuatkuasakan.

Ia turut menyebabkan sokongan dalam kalangan pemimpin Konservatif semakin berkurangan.

Sementara itu, Johnson menyifatkan keputusan tersebut sebagai kemenangan meyakinkan untuk beliau terus mengemudi kerajaan.

"Saya fikir ia adalah keputusan yang meyakinkan, maksudnya ialah sebagai kerajaan kita boleh meneruskan dan menumpukan perhatian kepada perkara yang saya fikir benar-benar penting kepada orang ramai.

"Kami boleh memberi tumpuan kepada apa yang kami lakukan untuk membantu orang yang mengalami kos sara hidup, membersihkan tunggakan COVID-19, menjadikan jalan raya dan komuniti lebih selamat dengan meletakkan lebih banyak polis,"katanya kepada pemberita.-REUTERS

Berita berkaitan
Boris Johnson berdepan undi tidak percaya

Media Baharu