fb fb fb fb fb

21 maut dalam serangan gereja di Nigeria

(Gabenor Negeri Ondo, Rotimi Akeredolu (Tiga dari kiri) menunjuk ke arah lantai yang
berlumuran darah selepas serangan oleh lelaki bersenjata di Gereja Katolik St. Francis
di bandar Owo, barat daya Nigeria pada Ahad/FOTO AFP)

LAGOS, 7 Jun - Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk kanak-kanak maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah gereja tempatan di bandar Owo, Nigeria pada Ahad.

Sekumpulan lelaki bersenjata terbabit bersembunyi di antara penganut di dalam gereja tersebut dan turut melepaskan tembakan rambang melalui tingkap luar.

“Siasatan mendapati bahawa sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai penganut dalam gereja, manakala lelaki bersenjata lain melepaskan tembakan rambang ke dalam gereja,”menurut kenyataan polis tempatan.

Polis turut menemui serpihan bahan letupan dan tiga alat letupan improvisasi (bom buatan) di tempat kejadian.

(Pegawai negeri melawat mangsa yang cedera dalam serangan tembakan rambang oleh
sekumpulan lelaki bersenjata di Gereja Katolik St. Francis, Owo Nigeria pada Ahad/FOTO AFP)

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan wakil tempatan Olanrewaju Kadiri berkata, dalam serangan itu seramai 40 orang lagi cedera.

Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku untuk bertanggungjawab atas serangan tersebut dengan motif yang tidak jelas.

Naib Presiden Yemi Osinbajo dalam lawatannya ke atas mangsa yang cedera di Owo pada Isnin berkata "pelaku akan membayar untuk serangan keji ini". - AFP

Media Baharu