fb fb fb fb fb

19 maut dalam insiden feri karam di perairan Indonesia

JAKARTA, 7 Jun- Angka kematian dalam insiden feri karam di perairan Indonesia meningkat kepada 19 orang, selepas operasi mencari dan menyelamat selama 10 hari dihentikan.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Djunaidi memaklumkan operasi dihentikan selepas tiada lagi tanda-tanda mangsa akan ditemukan.

KM Ladang Pertiwi kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk semasa belayar ke Selat Makassar, Indonesia di wilayah Sulawesi Selatan pada 26 Mei lalu.

Berita mengenai kejadian itu hanya diketahui pegawai dua hari kemudian, mendorong operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan nelayan tempatan dan bot tunda yang melalui selat tersebut.

Pihak berkuasa menyelamatkan 31 penumpang dan kru kapal, serta menemukan empat mayat. Manakala, 15 mangsa diisytihar hilang sebelum usaha mencari berakhir. Mereka yang hilang kini dianggap mati.


(Pasukan penyelamat memindahkan dua mayat mangsa feri karam,
di pelabuhan Soekarno Hatta, Makassar pada 3 Jun 2022/AFP)

"Kami menghentikan pencarian kerana tiada tanda-tanda bahawa lebih ramai mangsa boleh ditemui," kata Junaidi.

Media tempatan melaporkan, Kapten kapal yang terselamat dalam kejadian itu tidak mempunyai permit membawa muatan penumpang dan pemilik kapal mengambil kru tanpa kelayakan yang bersesuaian.

Djunaidi berkata, nelayan tempatan yang kerap belayar di kawasan itu diberitahu supaya memaklumkan pihak berkuasa jika mereka menemui lebih banyak mayat.

Pada Mei lalu, sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terkandas di perairan cetek di luar wilayah Nusa Tenggara Timur dan kekal tersangkut selama dua hari.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan tersebut.

Pada 18 Mei lalu, sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terkandas di perairan cetek di luar wilayah Nusa Tenggara Timur dan kekal tersangkut selama dua hari sebelum dapat dikeluarkan.

Pada 2018, lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di pulau Sumatera.

Media Baharu