BRASILIA, 17 Ogos – Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, semalam dibenarkan keluar sementara daripada tahanan rumah bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini beberapa minggu sebelum perbicaraan berhubung dakwaan merancang rampasan kuasa.
Bolsonaro, 70, tiba untuk menerima rawatan susulan masalah refluks kronik dan kesukaran menelan akibat komplikasi daripada insiden ditikam ketika kempen pilihan raya presiden 2018.
Pasukan pembelaannya sebelum ini memohon kebenaran mahkamah bagi rawatan tersebut.
Sejak awal Ogos, beliau dikenakan tahanan rumah selepas melanggar larangan mahkamah menggunakan media sosial sama ada secara langsung atau melalui pihak lain, berikutan kebimbangan ia digunakan bagi mengganggu proses siasatan. - REUTERS