LA PAZ, 6 Januari- Bolivia mengumumkan rekod rampasan kokain terbesar dari jabatan Oruro barat negara itu, kata pegawai pada Jumaat, iaitu seberat 8.8tan metrik.
Nilai tempatan dadah yang dirampas itu kira-kira $224 juta nilai tempatan tetapi hampir harganya akan meningkat dua kali ganda di pasaran Eropah.
Presiden Bolivia Luis Arce menyifatkan rampasan seberat 8.8 tan metrik itu sebagai yang terbesar pernah direkodkan di negara Amerika Selatan itu dalam satu catatan di media sosial.
Beliau menambah dadah itu disembunyikan dalam bahan lantai kayu yang ditemui dalam trak, dan berkemungkinan dalam perjalanan ke Belanda. Nilai jualannya dianggarkan kira-kira $526 juta.
Menurut pegawai operasi, empat suspek pengedar dadah ditahan daripada sembilan operasi yang dilakukan.- REUTERS