fb fb fb fb fb

Bolivia beri bantuan 62 tan kepada mangsa kebakaran tangki bahan api ke Cuba

Foto Reuters

Santa Cruz, 22 Ogos- Bolivia menghantar 62 tan makanan, ubat-ubatan, bekalan perubatan dan peralatan lain ke Cuba, bagi membantu mangsa letupan tangki minyak di bandar Matanzas.

Menteri Luar Bolivia, Rogelio Mayta berkata, daripada 62 tan bantuan, 30 tan adalah sumbangan daripada kerajaan Bolivia dan baki 32 tan adalah daripada organisasi sosial.

"


(Pelbagai bantuan penghantaran ubat, bekalan dan sumbangan makanan untuk Cuba/ Foto Reuters)

Media tempatan melaporkan, pekerja sukarelawan membawa berpuluh-puluh kotak bantuan dan memuatkannya ke dalam kenderaan.

Kebakaran berkenaan bermula pada 5 Ogos, apabila lampu eletrik terkena pada tangki simpanan minyak, yang kemudiannya merebak kepada tiga tangki lain sebelum dapat dikawal pada 9 Ogos lalu.

Walaupun api dipadamkan, namun sisa minyak pada tangki itu kekal panas dan berbahaya.

Insiden tersebut dianggap sebagai kemalangan industri minyak terbesar Cuba dalam beberapa dekad.

Pada hari Jumaat lalu (19 Ogos), rakyat Cuba memberi penghormatan kepada 14 anggota bomba yang terkorban ketika memadamkan kebakaran.-Reuters

 

Media Baharu