fb fb fb fb fb

Boeing alu-alukan saingan pesawat C919 buatan China

Foto Reuters

SINGAPURA, 21 Februari - Syarikat penerbangan Boeing pada Rabu berkata ia akan mula bersaing dengan jet penumpang keluaran pertama China, C919 yang akan dipamerkan pada pertunjukan udara terbesar Asia ketika Beijing berusaha meningkatkan reputasinya dalam industri penerbangan global.

Pesawat C919 keluaran pertama China akan membuat penampilan sulung antarabangsa minggu ini di Pertunjukan Udara Singapura dalam usaha untuk memikat pembeli antarabangsa.

C919 keluaran Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) dianggap sebagai pesaing berpotensi kepada A320 yang ketika ini menerajui pemasaran penerbangan dibina oleh Airbus Eropah, dan 737 MAX dari Boeing yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Pengarah urusan pemasaran komersial Boeing untuk Asia-Pasifik, Dave Schulte, berkata C919 adalah serupa dengan apa yang dihasilkan oleh Boeing dan Airbus dalam segmen pesawat kecil dan ia adalah pesawat penerbangan yang boleh dipertimbangkan oleh syarikat penerbangan di rantau Asia.

"Ia adalah kapal terbang yang akan terus bersaing. kita akan mula bersaing," katanya kepada pemberita pada pertunjukan udara itu.

Tetapi ia terpulang kepada setiap pengeluar untuk membuktikan nilai kepada syarikat penerbangan bagi membuktikan kekuatan produk," katanya.

"Saya fikir mereka (COMAC) juga akan menghadapi beberapa cabaran besar yang perlu mereka atasi bagi terus bersaing dalam pasaran di seluruh rantau ini", katanya.

C919 telah membuat penerbangan komersial di China sejak Mei dan dipamerkan buat kali pertama di Hong Kong pada Disember.

Namun, pesawat berkenaan belum menarik pembeli di luar negara.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD