(Foto AFP)
LOS ANGELES, 21 April- Twitter pada Khamis memulakan penyingkiran besar-besaran tanda biru (blue-tick) ke atas akaun individu kenamaan termasuk selebriti antaranya Pope Francis, Donald Trump dan Justin Bieber yang dikesan sudah kehilangan tanda berkenaan.
Pemiliknya, Elon Musk sebelum ini berkata, pihaknya bakal mengenakan AS$8 (kira-kira RM38) sebulan untuk tanda pengesahan akaun pengguna tersebut.
Katanya, bayaran itu adalah untuk menaikkan semula ‘sistem pemilikan semasa’ dan mewujudkan aliran pendapatan baharu untuk syarikat
Musk mengambil alih sepenuhnya gergasi media sosial berkenaan dalam perjanjian bernilai AS$44 bilion.
(Elon Musk/AFP)