fb fb fb fb fb

Bina semula Gaza: Pasukan Kebangsaan ditubuhkan

FOTO AFP

RAMALLAH, 8 Oktober- Satu Pasukan Kebangsaan ditubuhkan bagi membina semula Semenanjung Gaza, yang diketuai oleh Kementerian Perancangan Palestin.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa yang mengumumkan penubuhan pasukan itu memaklumkan, perkara tersebut akan turut dibantu kementerian dan badan berkaitan untuk menyempurnakan usaha yang telah dijalankan sebelum ini.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan pembentukan Pasukan Kebangsaan bagi pembinaan semula Gaza.

"Ia akan diketuai Kementerian Perancangan bersama kementerian dan badan lain yang berkaitan.

"Usaha ini bagi menyempurnakan usaha yang telah dilaksana sebelum ini dengan kerjasama sektor swasta dan rakan kongsi antarabangsa,"
katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Perdana Menteri Palestin di Ramallah.

Pada sidang media yang sama, Mohammad Mustafa menemplak jenayah perang berterusan oleh rejim Israel di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan kini meluas di Lubnan.

"Matlamat penjajahan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis bagi mewujudkan sistem berasingan di setiap bahagian, melemahkan negara Palestin dan menjadikan sebuah kehidupan yang mustahil.

"Semua ini disusuli dengan jenayah yang semakin meningkat dilakukan penjajah termasuk pembunuhan, kebuluran, pendudukan haram dan serangan ke atas tapak suci," tegasnya. - AFP

Trainee2