fb fb fb fb fb

Biden sifatkan AS 'idea' paling berkuasa dunia

Joe Biden berucap dari Pejabat Oval, White House / AFP

WASHINGTON, 25 Julai- Presiden Joe Biden menyifatkan Amerika Syarikat sebagai 'idea' paling berkuasa dalam sejarah dunia.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen beberapa hari selepas mengumumkan pengundurannya daripada pemilihan presiden.

"Amerika adalah idea, idea yang lebih kuat daripada mana-mana tentera, lebih besar daripada mana-mana lautan, lebih berkuasa daripada mana-mana diktator," katanya sambil memberi amaran bahawa demokrasi dipertaruhkan dalam pilihan raya November depan.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan presiden, beliau berkata AS memerlukan 'suara' orang muda dan idea segar.

"Ada masa dan tempat untuk pengalaman bertahun-tahun lamanya dalam kehidupan awam. Terdapat juga masa dan tempat untuk suara baharu, suara segar, ya, suara yang lebih muda," katanya dalam ucapan terakhirnya dari Pejabat Oval.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE