LAS VEGAS, 18 Julai - Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden positif COVID-19 sekali gus memaksanya memendekkan kempen di Las Vegas dan menjalani kuarantin.
White House menyatakan, Biden, 81 tahun mengalami masalah hidung berair, batuk dan sakit biasa dikaitkan dengan COVID-19.
Biden telah diterbangkan terus ke rumah pantainya di Rehoboth, Delaware untuk mengasingkan diri.
Selasa lalu, Biden berkata beliau akan mengundurkan diri sebagai calon presiden jika berdepan masalah kesihatan yang serius.
Timbul kebimbangan parti Demokrat mengenai keupayaannya menentang bekas presiden AS, Donald Trump, pada pemilihan November ini.
Kelansungan politik Biden menjadi perdebatan selepas beliau kelihatan letih dan keliru semasa debat calon presiden tiga minggu lalu.-AFP