fb fb fb fb fb

Berita palsu AI, BBC fail aduan terhadap Apple

FOTO WIKIPEDIA

LONDON, 14 Disember- BBC pada Jumaat memaklumkan telah memfailkan aduan terhadap syarikat teknologi AS, Apple, berhubung berita palsu yang dihasilkan oleh AI dan dikongsi pada peranti iPhone, yang disalahkaitkan kepada penyiar awam Britain itu.

Fungsi Apple Intelligence, yang dilancarkan di Britain minggu ini, menghasilkan notifikasi yang dikumpulkan daripada beberapa laman berita yang dijana oleh kecerdasan buatan.

Salah satu notifikasi tersebut mendakwa laman web BBC News telah menerbitkan artikel yang menyatakan Luigi Mangione, yang ditahan di AS atas tuduhan membunuh seorang eksekutif penjagaan kesihatan di New York, telah membunuh diri.

"BBC News adalah media berita yang paling dipercayai di dunia. Adalah penting bagi kami bahawa penonton boleh mempercayai sebarang maklumat atau kewartawanan yang diterbitkan atas nama kami, termasuk notifikasi," kata jurucakap BBC dalam satu kenyataan.

"Kami telah menghubungi Apple untuk membangkitkan kebimbangan ini dan menyelesaikan masalah tersebut."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE