MEXICO CITY, 10 Oktober- Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak menentang pengguguran kandungan di jalan ikonik Reforma di sini pada Ahad.
Penganjur menerusi kenyataan memaklumkan, perarakan itu memihak kepada 'wanita, kehidupan dan keamanan'.
Penunjuk perasaan memakai sapu tangan berwarna biru iaitu simbol yang digunakan oleh gerakan antipengguguran di Amerika Latin selain membawa patung besar Perawan Guadalupe.
(Ribuan rakyat berarak sambil melaungkan 'Kami mahu Mexico aman dengan keadilan dan kebebasan' / Foto REUTERS)
Laura Paz, yang mengembara dari negeri Puebla untuk menyertai perarakan itu memberitahu Reuters, dia menyifatkan tidak adil bahawa banyak negeri di Mexico cuba menghalalkan pengguguran.
Pengguguran adalah sah sehingga 12 minggu kehamilan di sembilan daripada 32 negeri Mexico.
Namun pada September 2021, Mahkamah Agung sebulat suara memutuskan bahawa hukuman terhadap pengguguran adalah tidak mengikut perlembagaan. -REUTERS