fb fb fb fb fb

Benin, Liberia dan Sierra Leone sertai program vaksin malaria

FOTO REUTERS

LAGOS, 26 April- Tiga lagi negara Afrika menyertai kempen pelancaran vaksin malaria yang menyasarkan berjuta-juta kanak-kanak di benua yang menyumbang 95 peratus daripada kematian akibat wabak itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan, Afrika menyumbang kira-kira 94 peratus daripada kes malaria global dengan kebanyakan kematian adalah kanak-kanak.

Benin, Liberia dan Sierra Leone menyertai negara Afrika lain yang menawarkan vaksin malaria sebagai sebahagian daripada program imunisasi zaman kanak-kanak mereka, kata kenyataan WHO dan UNICEF.

Sejak 2019, lebih dua juta kanak-kanak telah divaksinasi di Ghana, Kenya dan Malawi, mengakibatkan pengurangan ketara dalam penyakit malaria yang teruk dan kemasukan ke hospital.

"Dengan vaksin malaria yang baharu, selamat dan mujarab, kami kini mempunyai 'alat' tambahan untuk melawan penyakit ini," kata Menteri Kesihatan Sierra Leone Austin Demby.

Benin menerima 215,900 dos manakala Liberia menjangkakan 45,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada 112,000 dos awalnya.

Sierra Leone akan bermula dengan 550,000 dos sebelum menghantar vaksin ke kemudahan kesihatan di seluruh negara.

Dua vaksin; RTS, S dan R21 disyorkan oleh WHO telah dilihat sebagai satu kejayaan untuk kesihatan kanak-kanak dan kawalan malaria.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE