fb fb fb fb fb

Bencana alam tingkatkan risiko pemerdagangan manusia

(FOTO HIASAN)

VIENNA, 24 Januari - Bencana alam akibat perubahan iklim, mendorong berlakunya kes pemerdagangan manusia.

Ini berikutan penduduk yang meninggalkan negara mereka, berdepan risiko dieksploitasi sindiket berkenaan.

Laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai dadah dan jenayah (UNODC) turut mengaitkan peperangan yang berterusan di Ukraine juga merupakan satu lagi faktor risiko untuk meningkatkan pemerdagangan manusia.

(FOTO HIASAN)

"Walaupun analisis global yang sistematik tentang kesan perubahan iklim dalam pemerdagangan orang tidak ada, kajian peringkat komuniti di bahagian lain dunia menunjukkan bencana akibat cuaca sebagai punca pemerdagangan manusia," kata kata laporan UNODC.

Laporan itu adalah berdasarkan data dari 141 negara yang dikumpul dari 2017 hingga 2020, dan analisis 800 kes mahkamah.

Pegawai Penyelidik UNODC, Fabrizio Sarrica berkata peningkatan kes pemerdagangan manusia, dapat dilihat di Bangladesh dan Filipina.

Ini selepas taufan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kemarau dan banjir di Ghana dan wilayah Caribbean turut memaksa ramai untuk berhijrah.

Pada tahun 2021, lebih 23.7 juta penduduk kehilangan tempat tinggal akibat bencana alam.-AFP

Media Baharu