HONDURAS, 22 Februari- Peguam bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez yang dikehendaki atas kesalahan dadah di Amerika Syarikat (AS), memohon Hernandez dikenakan tahanan rumah sementara menunggu kes ekstradisi diteruskan, menurut seorang jurucakap.
Lelaki berusia 53 tahun itu dituduh bersubahat dalam memudahkan kes penyeludupan kira-kira 500 tan dadah kebanyakannya dari Colombia dan Venezuela untuk diseludup ke Amerika Syarikat melalui Honduras sejak 2004.
Sebagai balasan dia didakwa menerima jutaan dolar wang rasuah daripada pelbagai organisasi narkotik di Honduras, Mexico dan beberapa sumber lain, menurut dokumen kedutaan AS.
Sebaliknya, dia didakwa menerima "berjuta-juta dolar dalam bentuk wang rasuah... daripada pelbagai organisasi perdagangan narkotik di Honduras, Mexico dan beberapa lokasi lain," menurut dokumen dari kedutaan AS di Tegucigalpa.
(Hernandez digari ketika berada di Ibu Pejabat Polis selepas menerima arahan ekstradisi dari Amerika Syarikat pada 15 Februari 2022/AFP)
Pada 14 Februari lalu, Washington memohon bekas presiden itu diekstradisi untuk didakwa di mahkamah negara itu.
Hernandez ditahan dan ditempatkan di penjara ibu pejabat Pasukan Khas Honduras di Tegucigalpa.
Hakim mengarahkan Hernandez untuk terus ditahan sehingga perbicaraan ke-2, dijadualkan bulan depan.
Namun pada Isnin pasukan peguam bela Hernandez memohon “pertukaran langkah tahanan… ke rumahnya (tahanan rumah), kata jurucakap Mahkamah Agung, Melvin Duarte.
Mahkamah menerusi twitter memaklumkan hakim bersetuju untuk mendengar rayuan daripada pasukan pembelaan bagi membatalkan tahanan tersebut.
Rayuan itu perlu dipersetujui oleh ke semua 15 hakim di Mahkamah Agung. -AFP