SANTIAGO, 7 Februari- Bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera, meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter.
Nahas berlaku di Lago Ranco, sebuah daerah yang terletak kira-kira 920 kilometer (570 batu) di selatan Santiago, adalah lokasi Pinera menghabiskan percutian bersama ahli keluarganya.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat Pinera menerusi satu kenyataan.
“Dengan rasa dukacita yang mendalam kami mengumumkan kematian bekas Presiden Republik Chile,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
Selain Pinera, tiga orang lagi yang berada di dalam helikopter itu terselamat dalam nahas itu.
Sebastian Pinera, 74 tahun merupakan jutawan telah dua kali memegang jawatan tertinggi negara Amerika Selatan. Beliau sering terbang dengan helikopternya sendiri dan merupakan bekas pemegang saham dalam syarikat penerbangan nasional negara itu.
Sementara itu, Kementerian Luar Colombia turut mengucapkan takziah kepada rakyat Chile dalam satu kenyataan dan memperingati sokongan kerajaan Pinera dalam rundingan damai Bogota dengan kumpulan gerila FARC.
Selain itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menulis di X bahawa dia terkejut dan sedih dengan kematian Pinera.
"Kami mempunyai hubungan baik, kami berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara negara kami dan kami sentiasa mengadakan dialog, ketika kami berdua sebagai presiden dan juga ketika kami tidak", katanya.
Pinera memegang jawatan dalam tempoh dua penggal iaitu antara 2010 hingga 2014 dan 2018 hingga 2022.-AFP