fb fb fb fb fb

Beijing seru dasar 'positif, bermatlamat, mesra' dari Korea Selatan

Wang Yi/REUTERS

BEIJING, 7 Februari- China berharap Korea Selatan akan melaksanakan dasar 'positif, bermatlamat dan mesra' terhadap Beijing, kata Menteri Luar Wang Yi dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan pada Selasa.

China dan Korea Selatan mempunyai hubungan ekonomi yang rapat, dan harus bekerjasama untuk mengekalkan kestabilan dan aliran lancar dalam rantaian perindustrian dan bekalan, kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

Semasa panggilan telefon, Menteri Luar Korea Selatan Cho Tae-yul meminta China memainkan "peranan membina" dalam mengekang ancaman ketenteraan Korea Utara, dan membantu pembelot Korea Utara supaya tidak dihantar pulang ke tanah air di luar kehendak mereka, kata Kementerian Luar Korea Selatan.

Wang telah menjemput Cho ke China dan kedua-dua negara akan terus membincangkan lawatan Cho, kata kementerian itu.

Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai situasi di Korea Selatan, kata kementerian kedua-dua negara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI