fb fb fb fb fb

Puluhan orang awam maut, dalam serangan ganas Israel di Gaza

Foto WAFA

GAZA,7 Februari- Berpuluh-puluh orang awam terkorban dalam pencerobohan kejam berterusan Israel di beberapa kawasan di Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, seramai 20 orang awam terbunuh dan cedera dalam pengeboman Israel ke atas sebuah rumah di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza. Manakala, seramai enam orang awam terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan di kejiranan Khirbat al-Adas di Rafah City, di selatan Gaza.

Selain itu, 14 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan Sekolah Hanawi di Khan Yunis, di selatan Gaza.

Dalam pada itu, pasukan pendudukan Israel turut melepaskan tembakan ke arah sekolah yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Khan Yunis, membunuh dua orang penduduk Palestin dan seorang orang awam terbunuh dalam tembakan Israel yang menyasarkan lokasi berhampiran sempadan Mesir-Palestin di Rafah, di selatan Gaza.

Sejak permulaan konflik Palestin-Israel pada Oktober tahun lalu, lebih 27,000 orang terkorban di Gaza, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dan hampir 67,000 orang mengalami kecederaan, selain lebih 8,000 orang dilaporkan hilang.

ROSLINA BINTI DIN