fb fb fb fb fb

Bekas Perdana Menteri Pakistan dibenar ikat jamin

Imran Khan / Foto Reuters

KARACHI, 22 Disember - Mahkamah Tinggi Pakistan hari ini membenarkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan salah seorang pembantunya dalam kes berkaitan dakwaan kebocoran rahsia negara, kata peguamnya.

Tidak jelas sama ada Khan akan dibebaskan dari penjara kerana dia mempunyai beberapa waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya dalam beberapa kes lain, kata Salman Safdar, salah seorang peguam Khan.

Khan, bekas bintang kriket, telah dipenjarakan sejak Ogos lalu selepas disabitkan dengan tuduhan rasuah dalam kes berasingan.

Dia telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membocorkan rahsia negara.

Tuduhan itu berkaitan dengan kabel sulit yang dihantar ke Islamabad oleh duta Pakistan di Washington tahun lalu, yang didakwa Khan mendedahkannya kepada umum.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN