fb fb fb fb fb

Bekas pembantu Trump didapati bersalah menghina Kongres

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 23 Julai - Juri persekutuan pada Jumaat memutuskan bekas pembantu Donald Trump, Steve Bannon bersalah menghina Kongres kerana mengingkari sepina untuk memberi keterangan di hadapan penggubal undang-undang yang menyiasat serangan ke atas Capitol Amerika Syarikat (AS).

Bannon, yang mengetuai kempen pilihan raya presiden Trump 2016 adalah antara ratusan orang yang dipanggil oleh jawatankuasa Dewan Perwakilan untuk menangani serbuan ke atas Kongres oleh penyokong Trump pada 6 Januari 2021.

(FOTO AFP)

Ahli strategi Republikan berusia 68 tahun itu tidak hadir pada tarikh saman atau memberikan dokumen yang diminta, dan didakwa atas dua pertuduhan menghina Kongres.

Juri 12 orang berbincang kurang daripada tiga jam sebelum mendapati Bannon bersalah atas kedua-dua pertuduhan salah laku.

Bannon, yang berkhidmat sebagai ketua strategi Trump di Rumah Putih sebelum dipecat pada 2017, berdepan sekurang-kurangnya penjara 30 hari dan hukuman maksimum setahun bagi setiap pertuduhan.

Hukuman ditetapkan pada 21 Oktober.-AFP

Media Baharu