fb fb fb fb fb

Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak calonkan diri sebagai PM Britain

(Bekas Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak/ AFP)

LONDON 9 Julai- Kerusi Perdana Menteri Britain yang bakal kosong terus menarik minat ramai ahli Parlimen Parti Konservatif untuk menawarkan diri.

Terbaharu, bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak, mengisytiharkan pencalonannya sebagai pemimpin parti dan Perdana Menteri Britain yang baharu.

Tindakan Sunak meletak jawatan sebagai Canselor Perbendaharaan Selasa lalu, mencetuskan gelombang peletakan jawatan anggota Kabinet.

(Rishi Sunak di luar bangunan parlimen Britain/ AFP)

Pemberontakan Kabinet itu menyaksikan Boris Johnson akhirnya meletakkan jawatan Khamis lalu.

Johnson bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sehingga penggantinya dipilih.

Semalam, Ahli Parlimen Konservatif, Tom Tugendhat dan Suella Braverman, turut mengumumkan pencalonan mereka secara rasmi. -AFP

Media Baharu