fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Kashmir korbankan 15 orang, 40 hilang

(Operasi menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa yang hilang/ AFP)

KASHMIR, 9 Julai- Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 40 lagi hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat dekat wilayah India, Kashmir.

Kejadian berlaku ketika ribuan penganut Hindu sedang menyeberangi glasier dan laluan berair untuk sampai ke gua yang menempatkan tempat suci di Amarnath.

Ketua polis Kashmir, Vijay Kumar berkata, lapan mayat ditemukan berhampiran gua manakala mayat selebihnya tertimbus di sebalik sisa tinggalan banjir.

(Pasukan keselamatan mengusung keluar antara mayat yang terkorban akibat insiden banjir kilat di Kashmir/ AFP)

Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam ciapannya menyatakan beliau sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat.

Menurutnya, operasi menyelamat masih berlangsung manakala bantuan segera akan disalurkan kepada penduduk terjejas.

Pihak berkuasa menjangkakan kira-kira 800 RIBU penganut Hindu akan tiba di kuil berkenaan minggu ini. -AFP

Media Baharu