fb fb fb fb fb

Bekas menteri kewangan Qatar berdepan tuduhan rasuah, penyelewengan

(FOTO FAIL AFP)

DOHA, 19 Mac - Bekas Menteri Kewangan Qatar, Ali Sharif Al-Emadi berdepan pertuduhan termasuk penyelewengan dan penggubahan wang haram ketika memegang jawatan itu.

Al-Emadi, 54, telah ditangkap pada Mei 2021 ketika dia merupakan salah seorang eksekutif perniagaan paling berpengaruh di Timur Tengah.

Kesnya tidak didedahkan secara meluas kepada khalayak.

(FOTO FAIL AFP)

Dalam satu kenyataan ringkas seperti dilaporkan Agensi Berita Qatar, pendakwa raya mendakwa al-Emadi telah didakwa dengan "rasuah, pengagihan wang awam, salah guna jawatan, salah guna kuasa, kerosakan wang awam dan pengubahan wang haram.

Dalam laporan sama, agensi berita berkenaan tidak menjelaskan jumlah wang yang didakwa dicuri bekas menteri kewangan itu.

Nama al-Emadi menjadi terkenal di Emeriah Arab Bersatu (UAE) sewaktu emir sekarang menaiki tahta pada masa itu dan selepas menyelia transformasi Bank Nasional Qatar sehingga menjadi institusi pembiayaan terbesar di Timur Tengah.

Selain menjadi seorang pegawai paling berkuasa di Qatar, al-Emadi pernah berkhidmat sebagai pengerusi bank, dilantik menganggotai lembaga pengarah dalam entiti menguruskan dana kekayaan Qatar dan presiden lembaga eksekutif Qatar Airways.-AFP

Media Baharu