fb fb fb fb fb

Bayi sehari maut dalam serangan udara Israel

Foto- REUTERS

GAZA, 21 Mei - Serangan Israel ke atas sebuah rumah di Deir al-Balah, Gaza tengah, mengorbankan beberapa orang awam termasuk seorang bayi.

Kediaman milik keluarga al-Kahlut itu musnah dibedil pesawat perang rejim Zionis.

Sumber perubatan tempatan mengesahkan, antara mangsa yang terbunuh ialah bayi berusia satu hari.

Mayat dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Al-Aqsa Martyrs untuk rawatan lanjut.

Serangan berlaku dua hari selepas tentera Israel melancarkan operasi darat berskala besar di seluruh Gaza.

Sejak Oktober tahun lalu, hampir 53,500 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, juga berdepan tuduhan sama.

Kedua-duanya didakwa melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel kini turut disiasat atas dakwaan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.-REUTERS

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN