GAZA, 23 Ogos - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan meninggal dunia akibat kebuluran dan masalah kesihatan kronik di Kompleks Perubatan Nasser, Khan Younis.
Menurut sumber perubatan, bayi itu mengalami penyakit kongenital termasuk atrofi, radang otak dan palsi serebrum, yang semakin parah akibat kebuluran.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kebuluran di Gaza berpunca daripada sekatan berterusan Israel.
Setakat ini, 271 penduduk termasuk 112 kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan.
“Kebuluran di Gaza adalah buatan manusia dan kesengsaraan rakyat Palestin semakin kritikal,” menurut jurucakap agensi pelarian PBB. -REUTERS