fb fb fb fb fb

Bas di Peru jatuh cerun tinggi, 13 terbunuh

FOTO AFP

LIMA, 15 Mei- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila sebuah bas terbalik selepas menjunam dari cerun yang tinggi di wilayah Ayacucho di Peru, semalam.

Bas membawa lebih 40 penumpang itu dalam perjalanan dari Lima sebelum terbabit nahas di jalan raya Libertadores pada kejadian awal pagi.

Dalam kejadian tersebut, seramai 12 orang yang lain turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.

Kemalangan sebegitu kerap berlaku di Peru berpunca daripada pemanduan melebih had laju, keadaan jalan yang teruk dan kekurangan papan tanda amaran.

Pada 30 April lepas, seramai 25 orang maut selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di wilayah Cajamarca.

Peru mencatatkan sejumlah 3,138 kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2023, menurut Kementerian Pengangkutan.

Sebanyak 70 peratus daripada kemalangan disebabkan faktor manusia seperti ketidakcekapan pemandu atau keletihan, menurut data rasmi. -AFP

SITI AISHAH MD ISA