fb fb fb fb fb

Bas hilang kawalan, tiga orang maut di Sepanyol

(Foto AFP)

MADRID, 10 Oktober- Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera apabila bas sekolah hilang kawalan dan melanggar pejalan kaki di Cadiz, selatan Sepanyol pada Isnin.

Menurut kerajaan Andalusia, bas tersebut melanggar beberapa orang di kaki lima.

"Tiga orang cedera dengan seorang daripadanya mengalami kecederaan serius.

"Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Pemandu serta penumpang yang berada di dalam bas tersebut tidak mengalami kecederaan," kata kerajaan Andalusia menerusi kenyataan.

Majlis perbandaran Cadiz berkata pemandu bas tersebut bebas daripada alkohol.

Sementara itu, Ketua Kerajaan Wilayah Andalusia, Juan Manuel Moreno menyatakan kesedihan dengan kemalangan yang berlaku itu. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu