GAZA, 25 Januari - Bas yang membawa 200 tahanan Palestin dilaporkan telah berlepas dari dua penjara Israel, iaitu Penjara Ofer di Tebing Barat dan Penjara Ktziot di Gurun Negev, sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
Tahanan-tahanan tersebut dibebaskan dalam pertukaran dengan empat wanita Israel yang dijadikan tebusan, kesemuanya tentera, yang telah dibebaskan lebih awal oleh Hamas di Gaza, menurut sumber Palestin.
Daripada 200 tahanan Palestin yang dibebaskan, seramai 120 individu merupakan mereka yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Sumber yang enggan namanya didedahkan memaklumkan bahawa perjanjian ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan di wilayah berkenaan. - AFP