GAZA, 25 Januari - Hamas membebaskan empat tentera wanita Israel hari ini, sebagai sebahagian daripada pertukaran tebusan dengan Israel, menurut seorang wartawan AFP.
Keempat-empat wanita itu, berusia antara 19 hingga 20 tahun, ditawan semasa bertugas di unit pengawasan di pangkalan tentera Nahal Oz berhampiran sempadan Gaza.
Mereka dibebaskan sebagai pertukaran dengan 200 tahanan Palestin.
Ini termasuk 120 individu yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel, menurut sumber Palestin
Pada masa yang sama, empat kenderaan Palang Merah dilaporkan tiba di sebuah dataran di Gaza, yang mana tempat Hamas menyerahkan empat wanita tentera Israel sebagai sebahagian daripada pertukaran tersebut.- AFP