fb fb fb fb fb

Banyak kediaman musnah di Bihar akibat banjir

FOTO REUTERS

BIHAR, 30 September - Banjir teruk yang disebabkan hujan lebat telah merosakkan rumah di beberapa daerah di negeri Bihar, India, pada Ahad.

Penduduk terpaksa meredah air setinggi pinggang yang menenggelamkan kenderaan dan jalan di bahagian negeri terjejas.

Penduduk di kawasan luar bandar melaporkan kesukaran mencari tempat perlindungan bagi haiwan ternakan mereka di tengah banjir.

Ramalan pejabat cuaca negeri menunjukkan hujan lebat bersama-sama ribut petir dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Pegawai cuaca di negara jiran, Nepal yang juga terjejas banjir besar adalah disebabkan hujan ribut pada sistem tekanan rendah di Teluk Bengal yang meliputi sebahagian kawasan India.

"Air banjir telah memasuki beberapa rumah di kampung ini. Kami menghadapi cabaran untuk membawa makanan dan penduduk terpaksa membawa haiwan ternakan mereka ke kawasan kering di tepi jalan." kata penduduk Nand Lal Sharma

Terdapat rakaman drone yang diambil pada Ahad menunjukkan skala kemusnahan di kawasan yang terjejas disebabkan tanah runtuh di Dhading, Nepal.

Rakaman itu juga menunjukkan jentera penggali, kenderaan lain dan pasukan kecemasan yang beroperasi di lokasi, serta kesesakan lalu lintas di jalan berdekatan.

Nepal telah menutup sekolah selama tiga hari selepas tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan dua hari hujan lebat di seluruh negara Himalaya itu mengakibatkan 151 kematian dengan 56 lagi masih hilang, menurut pegawai pada Ahad. - REUTERS

TETITIA YUSOFF