fb fb fb fb fb

Britain negara G7 pertama akhiri kebergantungan bahan api fosil

FOTO AFP

LONDON, 30 September - Stesen jana kuasa yang terakhir menggunakan arang batu di United Kingdom akan ditutup secara rasmi pada Isnin, menjadikan Britain negara G7 pertama yang mengakhiri kebergantungan kepada bahan api fosil untuk pengeluaran elektrik.

Penutupan Ratcliffe-on-Soar, sebuah loji kuasa yang telah mendominasi pemandangan di tengah England selama hampir 60 tahun, menandakan langkah simbolik hasrat UK bagi mengurangkan karbon dalam pengeluaran elektrik menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.

"Era arang batu mungkin berakhir, tetapi era pekerjaan tenaga baik yang baru untuk negara kita sedang bermula," kata Menteri Tenaga, Michael Shanks dalam satu kenyataan.

Pemilik loji Ratcliffe-on-Soar, Uniper, mengumumkan bahawa tapak tersebut akan memasuki tempoh penyahkomisan selama dua tahun bermula Oktober.

Seramai 350 pekerja dan kontraktor Uniper yang bekerja di tapak tersebut sama ada akan dipindahkan ke tugasan lain dalam syarikat atau meninggalkan perniagaan melalui tiga sesi redundansi sebelum akhir 2026, kata Uniper kepada AFP.

Sebagai pengganti akan ada pembangunan baru, sebuah 'pusat teknologi dan tenaga tanpa karbon,' menurut syarikat tersebut.

Ini menandakan berakhirnya kebergantungan Britain selama 140 tahun kepada arang batu, menjadikannya yang pertama dalam G7 negara kaya untuk menghapuskan sepenuhnya pengeluaran elektrik dari arang batu.

Dalam pada itu, Itali merancang untuk berbuat demikian pada tahun depan, Perancis pada 2027, Kanada pada 2030, dan Jerman pada 2038. Jepun dan Amerika Syarikat masih tidak tidak diketahui lagi buat masa ini.

"Britain telah menetapkan contoh yang perlu diikuti seluruh dunia," kata Doug Parr, pengarah dasar di Greenpeace UK.

"Terdapat lebih banyak pertempuran yang perlu dihadapi untuk menghapuskan minyak dan gas, memenuhi janji semua negara di COP28 untuk beralih dari bahan api fosil," tambahnya. - AFP

TETITIA YUSOFF