KHAN YUNIS, 14 Ogos - Pesawat pengangkut dilapor menjatuhkan bantuan kemanusiaan di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, pada Rabu.
Rakaman memaparkan pesawat berkenaan menurunkan bantuan menggunakan payung terjun.
Dalam kenyataan di saluran Telegram rasmi, tentera Israel memaklumkan sebanyak 119 bungkusan bantuan makanan sumbangan Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Belgium, Perancis dan Itali diagihkan kepada penduduk Gaza.
Konflik di Gaza tercetus pada 7 Oktober 2023 selepas Israel melancarkan serangan ke atas wilayah itu.
Sehingga kini, serangan berterusan Israel mengorbankan 61,722 penduduk Palestin manakala 154,525 lagi mengalami kecederaan. –VIORY