fb fb fb fb fb

40 maut wabak kolera di Sudan, penularan terburuk sejak beberapa tahun

Wabak kolera di Darfur memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Sudan yang dilanda perang. Foto- AFP

KHARTOUM, 14 Ogos - Sekurang-kurangnya 40 orang maut akibat wabak kolera di wilayah Darfur, Sudan, yang disifatkan sebagai penularan terburuk sejak beberapa tahun.

Menurut Pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF), di Darfur sahaja lebih 2,300 pesakit telah dirawat dalam tempoh seminggu, dengan wabak ini sudah meragut 2,470 nyawa di seluruh negara sejak setahun lalu.

Penularan semakin buruk akibat perpindahan besar-besaran penduduk berikutan perang antara tentera Sudan dan pasukan Rapid Support Forces, yang menafikan akses kepada air bersih dan kebersihan asas.

Di Tawila, Darfur Utara, 380,000 penduduk hanya menerima purata tiga liter air sehari, jauh di bawah tahap minimum kecemasan 7.5 liter.

Kolera boleh membawa maut dalam tempoh beberapa jam tanpa rawatan, namun dapat dirawat dengan larutan rehidrasi dan antibiotik.-AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN