MESIR, 12 Jun- Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir, menunggu untuk masuk ke Gaza.
Perkara itu dimaklumkan Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah (EU) untuk Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan.
Susulan operasi ketenteraan yang ketat, lintasan Rafah kekal ditutup.
EU menyeru akses kemanusiaan yang berterusan, tanpa halangan dan selamat.
Lintasan itu ditutup sejak tentera Israel melancarkan operasi di bandar selatan Rafah pada 6 Mei.
Perang bermula Oktober lalu telah meragut nyawa lebih 37,000 rakyat Palestin, dengan majoritinya wanita dan kanak-kanak.- REUTERS