fb fb fb fb fb

Anak Presiden AS, Hunter Biden berdepan hukuman penjara 25 tahun

Foto AFP

WASHINGTON, 12 Jun- Anak kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden iaitu Hunter Biden berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Pihak juri mendapati Hunter bersalah atas ketiga-tiga tuduhan dalam perbicaraan senjata api persekutuan.

Hunter dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadah, ketika itu.

Bagaimanapun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan diterima, memandangkan Hunter tidak memiliki rekod jenayah.

Presiden Amerika sebelum ini memaklumkan tidak akan campur tangan sekiranya Hunter disabit kesalahan.

Sementara itu, Biden menyatakan usahanya untuk mengurangkan keganasan senjata api dan menggesa sekatan selanjutnya terhadap penggunaan senjata api di Amerika.

Pandangan disuarakan menerusi perhimpunan di Washington, hanya beberapa jam selepas anaknya, Hunter disabit kesalahan memiliki senjata secara haram dan menggunakan dadah.

Bagaimanapun, ketika berucap, Biden tidak menyebut mengenai sabitan terbabit sebaliknya, menekankan pertemuan dengan keluarga waris yang kehilangan nyawa akibat keganasan senjata api.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM