fb fb fb fb fb

Bantuan Gaza dihentikan selepas bendera kapal dirampas - Aktivis

Penunjuk perasaan memegang sepanduk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin/REUTERS

ISTANBUL, 28 April- Sebuah flotila bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza telah dihentikan selepas Guinea Bissau memutuskan untuk merampas benderanya dari dua kapal, kata kumpulan aktivis Freedom Flotilla Coalition pada Sabtu.

"Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea-Bissau (GBISR), memaklumkan Gabungan Freedom Flotilla telah merampas bendera Guinea Bissau daripada dua kapal Freedom Flotilla, salah satunya adalah kapal kargo kami," kata aktivis itu.

Menurut aktivis, Flotilla yang mempunyai kekuatan tiga kali ganda itu sepatutnya belayar pada Jumaat dari pelabuhan di Turki dengan lebih 5,000 tan bantuan di atas kapal.

Tindakan pemeriksaan dan permintaan oleh pihak berkuasa Guinea Bissau disifatkan sebagai luar biasa dan mempunyai agenda politik.

Bagaimanapun GBISR tidak segera untuk memberikan sebarang ulasan.

Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) ialah penganjur utama Gabungan Flotilla Kebebasan awam, yang dianggotai oleh aktivis hak asasi manusia. Ia termasuk peguam, doktor dan jururawat yang berkumpul untuk menyampaikan bantuan terus ke Gaza.

Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 34,305 rakyat Palestin dalam serangannya ke atas Gaza, kata pihak berkuasa kesihatan.

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut laluan selamat untuk flotila selain menyeru Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membenarkan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan.

"Tanpa bendera, kita tidak boleh belayar. Tetapi, ini bukan penamat. Israel tidak boleh dan tidak akan menghancurkan keazaman kita untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza," kata aktivis itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI