KOREA SELATAN, 16 Julai - Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 10 lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Korea Selatan.
Kebanyakannya tertimbus di dalam tanah runtuh dan dihanyutkan air.
Korea Selatan mengalami hujan lebat sejak empat hari lalu yang menyebabkan empangan utama melimpah.
Pekerja penyelamat masih bergelut untuk mengeluarkan kira-kira 15 buah kereta yangterperangkap dalam terowong bawah tanah sepanjang 430 meter di Cheongju, wilayah Chungcheong Utara, katakementerian itu.
Terowong itu ditenggelami air pada Sabtu selepas mengalami air banjir.
Menurut agensi berita Yonhap air naik terlalu cepat mengakibatkan tidak dapat melarikan diri dan terperangkap di dalam terowong.
(FOTO AFP)
Pada Ahad, kira-kira lima mayat berjaya dikeluarkan, angka itu tidak termasuk dalam angka kematian rasmi yang ditemukan dari sebuah bas yang tenggelam dalam terowong, lapor Yonhap.
Kebanyakan mangsa adalah berasal dari wilayah Gyeongsang Utara, dan sebahagian besarnya terkorban disebabkan tanah runtuh di kawasan pergunungan yang menenggelamkan kediaman di situ.
Hujan lebat diramal terus berlaku hingga Rabu ini, Pentadbiran Meteorologi Korea mengeluarkan a,amaran cuaca tahap bahaya. - AFP