fb fb fb fb fb

Wartawan Mexico ditembak mati di Acapulco

(Pegawai forensik di tempat kejadian insiden wartawan, Nelson Matus di tembak mati/ REUTERS)

MEXICO CITY, 16 Julai- Wartawan Mexico, Nelson Matus terbunuh di bandar peranginan pantai Acapulco di negeri barat daya Guerrero, lapor media tempatan.

Pengarah laman berita tempatan Lo Real de Guerrero, memaklumkan Matus ditembak di dalam keretanya di tempat letak kereta sebuah kedai, lapor akhbar Mexico El Universal.

Serangan itu berlaku selepas jam 3.00 petang di kawasan kejiranan Emiliano Zapata di utara Acapulco, lapor akhbar Mexico, Reforma.

Reforma menambah bahawa Matus telah terselamat daripada dua percubaan pembunuhan pada 2017 dan 2019.

Kematian Matus berlaku seminggu selepas mayat wartawan akhbar Mexico La Jornada, Luis Martin Sanchez ditemui selepas hilang di Nayarit.


(FOTO HIASAN)

Pejabat peguam negara negeri Guerrero tidak memberi sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Di Mexico, menyiasat kes rasuah, jenayah dan kartel dadah selalunya berisiko tinggi.

Menurut pemerhati media Reporters without Borders, Mexico disifatkan negara paling maut di dunia bagi wartawan- REUTERS

Media Baharu