fb fb fb fb fb

Banjir: Tujuh maut, beberapa mangsa hilang di Maluku Utara

Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa banjir kilat di kampung Rua, Ternate, wilayah Maluku Utara, Indonesia/ REUTERS

JAKARTA, 25 Ogos- Tujuh orang terbunuh dan beberapa hilang di wilayah Maluku Utara, Indonesia hari ini selepas banjir di timur kepulauan yang luas itu, menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS).

BASARNAS memaklumkan hujan lebat sejak semalam menyebabkan banjir di Pulau Ternate.

"Pasukan kami masih berusaha untuk memindahkan mangsa yang ditimpa tanah runtuh dan bahan binaan rumah yang dibawa banjir," kata BASARNAS dalam satu kenyataan, sambil menambah dua orang ditemui masih hidup.

Laman web berita Detik.com dan penyiar Kompas TV berkata 11 orang telah meninggal dunia, tetapi seorang pegawai BASARNAS tidak dapat mengesahkan jumlah kematian.

Pada Mei, banjir kilat dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Barat, Indonesia mengorbankan lebih 60 orang.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI