fb fb fb fb fb

Banjir: Seorang maut, ribuan rumah rosak di Chile

Foto REUTERS

CHILE, 14 Jun- Sekurang-kurangnya seorang terkorban dalam banjir di tengah dan selatan Chile, semalam.

Kejadian turut menyebabkan 4,000 orang telah kehilangan tempat tinggal.

Ribuan rumah juga rosak akibat banjir tersebut.

Kawasan yang paling teruk dilanda banjir termasuk Maule, Nuble, Biobio dan Araucania. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM