fb fb fb fb fb

Israel bunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat

Foto AFP

GAZA, 14 Jun- Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat, semalam.

Menerusi serangan berterusan Israel terhadap Gaza, Israel telah mengepung sebuah bangunan di Qabatiya dan melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin.

Dua penduduk di Tebing Barat telah terbunuh dalam insiden berkenaan.

Saksi melihat mayat seorang daripada mereka diangkat keluar oleh jentolak Israel.

Menurut pegawai perubatan, seorang lagi individu ditembak Israel di kawasan lain, bandar tersebut.

Tebing Barat telah menyaksikan lonjakan keganasan sejak tercetusnya konflik Israel-Hamas, sejak Oktober tahun lalu. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM