fb fb fb fb fb

Banjir Myanmar: 226 maut, 77 masih hilang

Penduduk terjejas banjir berkumpul di tempat yang lebih tinggi di tepi kuil di Taungoo, wilayah Bago di Myanmar/ AFP

YANGON, 17 September- Angka kematian di Myanmar susulan Taufan Yagi meningkat kepada 226 orang, dengan 77 individu masih hilang, lapor stesen televisyen kerajaan.

Angka yang diberikan pada Isnin itu adalah dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya iaitu 113.

Meurut stesen berkenaan hampir 260,000 hektar (640,000 ekar) sawah dan tanaman lain telah musnah akibat banjir.

Semalam AFP melaporkan, Taufan Yagi menyebabkan kerugian ekonomi AS$1.6 bilion di Vietnam, kata media kerajaan pada Isnin.

Ia merupakan banjir maut terburuk di Myanmar yang pernah direkodkan.

Taufan Yagi membadai Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand dengan angin kencang dan hujan lebat sejak seminggu lalu.

Ia merentasi delta Sungai Merah berpenduduk padat di Vietnam yang juga merupakan wilayah pertanian penting dan hab pembuatan utama.

Ia merosakkan kilang dan infrastruktur, dan membanjiri tanah ladang.

Sementara itu, memetik penilaian awal kerajaan, taufan berkenaan menyebabkan anggaran kerugian ekonomi sebanyak 40 trilion dong ($1.6 bilion).- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI