LIMA, 17 September- Pihak berkuasa Peru merampas kira-kira 1.3 tan sirip yu yang diambil secara haram.
Ia merupakan makanan istimewa di beberapa negara Asia sekali gus meletakkan haiwan pemangsa itu dalam risiko besar.
Penemuan itu dibuat di gudang sebuah syarikat eksport dari tempat mereka akan dihantar, tanpa lesen yang diperlukan, ke Asia, kata pihak berkuasa kastam dan cukai Peru, Sunat menerusi hantaran di X.
Sementara itu satu laporan yang diterbitkan dalam jurnal Science pada Januari berkata, populasi jerung global merosot walaupun usaha untuk mengekang pembunuhan besar-besaran untuk mendapatkan sirip dan dijadikan sup dalam sesetengah budaya dan dianggap sebagai makanan istimewa.
Bagi beberapa negara, termasuk China dan Jepun ia dipercayaai mempunyai khasiat tersendiri seperti melambatkan penuaan, meningkatkan selera makan, membantu ingatan dan merangsang keinginan seksual.
Kebiasaannya bahagian sirip ikan yu yang ditangkap akan dipotong dan kemudian akan dicampak semula ke lautan untuk dibiarkan mati.
Menurut Kumpulan Alam Sekitar Pew, dianggarkan antara 63 juta dan 273 juta jerung dibunuh setiap tahun, terutamanya untuk mendapatkan sirip dan bahagian lain.- AFP