fb fb fb fb fb

Hospital London hantar sampel darah guna dron

Foto hiasan/ AFP

LONDON, 17 September- Sampel darah segera yang diambil daripada pesakit akan dihantar untuk ujian menggunakan dron bagi mengelak lalu lintas London di United Kingdom (UK), kata sebuah hospital di ibu negara Britain pada Selasa.

Percubaan enam bulan ditetapkan menghantar sampel darah dari Hospital Guy di selatan London ke makmal menggunakan dron.

Menurut penyelidik projek ia akan mengurangkan masa pengangkutan daripada lebih 30 minit kepada kurang daripada dua minit, menurut penyelidik projek.

Pengarah masa depan penerbangan badan pemerhati Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sophie O'Sullivan yang mengawal percubaan projek rintis itu berkata, ia akan membantu "memudahkan pesakit dan mesra alam."

Ujian bulan lalu mendapati penghantaran dron tidak merosakkan kualiti darah.

Perintis sampel darah akan dijalankan dengan syarikat logistik penjagaan kesihatan, Apian dan syarikat penghantaran dron, Wing.

Apian merupakan sebahagian daripada program Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang menyampaikan bekalan perubatan kritikal ke hospital menggunakan dron, serta percubaan berasingan di ibu kota Ireland, Dublin.

"Dron boleh meningkatkan responsif dan daya tahan logistik penjagaan kesihatan, membolehkan doktor menjadi lebih produktif dan pesakit mendapat penjagaan yang diperlukan lebih awal," kata pengasas bersama Apian, Hammad Jeilani.

Percubaan itu dilihat akan membuka jalan untuk penggunaan dron lebih meluas dalam sektor kesihatan terutamanya hospital di London.

Dron telah digunakan untuk menghantar sampel darah selama bertahun-tahun ke kawasan terpencil Rwanda, dengan ujian serupa diterokai di pelbagai negara termasuk Kanada dan India.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI