ROME, 18 November - Seorang disahkan maut manakala seorang lagi dilapor hilang akibat banjir lumpur yang memusnahkan tiga kediaman di Cormons.
Pihak bomba kini giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Bagaimanapun, identiti mangsa yang terkorban, tidak didedahkan pihak bomba.
Datuk Bandar, Roberto Felcaro memaklumkan hujan lebat di wilayah Gorizia selama lapan jam telah mengakibatkan air Sungai Torre melimpah sehingga menjejaskan di kawasan sekitar dengan setakat ini, 300 penduduk telah dipindahkan.
Sehubungan itu, amaran cuaca dikeluarkan di seluruh utara Itali. - AFP