NEW YORK, 18 November - Pertubuhan Bangsa Bersatu, (PBB) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Sudan semakin buruk.
Ketua Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher memaklumkan kepada media dalam sesi taklimat berkata hampir dua daripada setiap tiga individu di Sudan memerlukan bantuan.
Sejak April 2023, pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah meragut puluhan ribu nyawa dan memaksa jutaan penduduk berpindah, menjadikan konflik itu antara krisis kemanusiaan terbesar di dunia.
Lima belas peratus kanak-kanak bawah usia lima tahun, dilapor menderita akibat malnutrisi.
Justeru, PBB menekankan bantuan segera amat diperlukan bagi menyelamatkan jutaan nyawa penduduk. - AFP